expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 17, 2013

Bajubaby Atasrak


Assalamualaikum,

semalam aku dah up entry pasal kain pasang yang aku jual sebelum ni. Sebab dah tak buat, so kalau nak kain pasang boleh direct terus ya ke HUMAIRAHAIKAL STORE

Ada jugak yang pm tanya pasal barang baby. Yup, barang baby pun dah tak buat. Aku fokus sepenuhnya dengan Shaklee. Jadi entri2 yang aku buat ni untuk jawap pm2 atau email yang aku dapat & tanya pasal barang yang aku pernah buat.

Untuk barang baby, kalau nak harga borong ( dan boleh beli satu barang) boleh deal dengan Bajubaby Atasrak atau boleh tengok ke blog  Urban Mommy safiyyah osman

Barang baby yang pre order aku pernah ambik dengan dia. So, kalau korang nak barang baby, bolehlaa deal dengan dia terus, samada kat fb atau blog.  

Antara barang baby yang dijual dengan harga borong:


LITTLE TIKES 

FP BOOSTER SEAT

ERGO CARRIER (FAKE)

FOOR & WRIST

FP STRIDE & RIDE LION

 ^_^

Thursday, May 16, 2013

Humairahaikal store



Assalamualaikum,

Haritu ada orang email tanya pasal kain sulam. Aku pernah buat entry pasal kain sulam sebelum ni. Masa tu aku ambik kat kawan aku sebenarnya. Memandangkan sekarang aku dah fokus penuh kat shaklee, jadi aku dah tak buat dah kain sulam tu.

Tapi kalau ada yang berminat, boleh terus check ke fb kawan aku; HUMAIRAHAIKAL STORE.

Kawan aku ni nama dia Kak Siti Hajar Saari. Boleh add frens kat fb dia jugak.

Sebelum ni aku ambik kat dia laa. Kain sulam dia lawa2 & dia ambik terus dari Bukit Tinggi. Baru2 ni Kak Siti gi Bukit Tinggi untuk survey lebih banyak kain2 yang cantik & kedai2 yang berpatutan. Bulan 9 ni kalau tak salah dia nak pegi lagi.

So, sapa2 berminat bolehlaa terus ke page kak Siti. Harga masih boleh nego & pada pendapat aku laa, kak siti jual lebih berpatutan dari orang lain sebab kain2 sulam timbul macam ni boleh cecah sampai rm200. Corak bunga & tanah pun boleh request sebab kak siti boleh deal dengan supplier dia kalau ada request dari customer. Semua kain adalah PRE ORDER

Meh layan mata tengok kain sulam.












Inilaa tuan kedainya....Kak Siti dengan Humaira & Haikal 




Wednesday, May 15, 2013

Kenangan zaman kanak2





Tempe goreng. Antara kenangan zaman kanak2 aku. Sebabnya? Setiap kali mama goreng tempe, cuma setengah saja yang sampai atas meja makan. Setengah lagi masuk dalam perut aku, hihi!

Ada satu lagi; kerang rebus. Bila mama rebus kerang, dia akan suruh aku kopek buang kulit. Kerang daripada sekilo boleh jadi setengah kilo. Bila kopek, kulit masuk tong sampah isi kerang masuk tong aku, hihihi! Kadang2 sambil kopek tu duk sebut, satu untuk kau satu untuk aku.

Benda2 ni simple je sebenarnya. Tapi ada kesan mendalam, kan? Itu yang aku nak terapkan kat Ariff. Tapi sekarang Ariff lagi maju. Tiap2 hari dia akan tarik tangan aku ke fridge. Tepuk2 pintu fridge suruh bukak. Bila dah bukak, dia tunjuk2 kat botol hijau......





Dia nak Vitamin C!

Monday, May 13, 2013

Mudahnya Menjemput rezeki



Pernah tak terfikir, kenapalaa kerja teruk2 tapi hujung bulan gaji ntah spend ke mana. Pernah tak terasa; banyaknya hutang aku. Apa yang aku dah beli?

Aku pernah tanya macam ni masa aku keja dulu. Terasa sangat tau, tiap2 hari keja teruk2 bersekang mata bila hujung bulan gaji cuma bertahan untuk 5 hari jaa. Entah ke mana dah spend duit tu. 

Sebab duk banyak soal sangat, aku cuba cari jawapan. Tetiba bila aku join group shaklee, disyorkan baca buku ni untuk mencelik kan mata, hati & minda.....




 Ambik masa untuk aku baca & hadam sebab jarang baca buku2 macam ni. Sapa sangka dalam hidup kita ni ada banyak benda yang kita nampak enteng tapi sebenarnya ia jugak adalah rezeki. Bukan setakat duit ringgit, harta kekayaan dan anak tu rezeki. Malah kesihatan yang baik, rumahtangga yang aman, keluarga yang harmoni jugak salah satu bentuk rezeki. 

Buku ni jugak ajar kita untuk lihat rezeki dalam perspektif yang berbeza. Contohnya; kalau gaji kita RM300, tak bermakna kesemuanya adalah milik kita secara mutlak. Ada bahagian yang kita perlu setel hutang, bagi ke mak ayah, spend untuk anak & ada jugak yang jadik rezeki orang lain bila kita sedekah. Buku ni buat kita lihat rezeki dalam bentuk yang lebih indah.



Menjemput VS Mencari. Selama ni kita terdidik yang kita keluar untuk mencari rezeki. Buku ni bagi metafora tentang menjemput & mencari rezeki. Cer tengok gambar, itulaa metafora antara mencari & menjemput rezeki. For the rest of the story, aku rekemen korang baca buku ni terus. 





  Ini review secara kasar jaa. Kalau aku bagitau semua, spoil the story laa kan. Sebab tu aku rekemen korang baca, terutama yang buat bisnes. Buku ni tak mahal pun. Aku beli kat MPH Amanjaya mall baru RM18. Kalau beli online lebih sikitlaa sebab postage kan. 

Harap review aku ni sedikit sebanyak membantu korang untuk terjah membeli buku ni, hehe! Aku review ni sebab suka, bukan sebab dibayar pun. A good thing is worth to share.

Now tengah menghadam buku ni pulak....




 Law of Universal Attraction. Dah khatam nanti aku review pulak naa



Rezeki besaq!



Assalamualaikum,

Weekend lepas kami 3 beranak balik kampung. Kalau balik kampung, agenda utama husband mancinglaa, apa lagi. Kali ni pi sorang2 seawal pagi. Semangat tu!

Dan kali ni mancing memang terbaeklaa. Sebab bawak balik rezeki besaq. Besaq mana?




Ikan Kertang 4.5 kilo bak hang! Alhamdulillah.

Husband mancing kat kawasan sangkar ikan tu. Tuan punya sangkar ikan pun terkejut sebab belum pernah sapa2 naikkan kertang & sememangnya bukan dia punya sebab bila tengok katanya kertang ni dari laut. Haha! Jangan tanya aku sebab aku taktau. Ni pun husband yang bagitau.


Muat2 jaa dalam bakul ikan

Apapun aku tau husband laa yang paling seronok. Suka sebab tetiba dapat rezeki besaq. Pastu dah terjamin dah lauk untuk makan malam, haha! Sebab tu dia suka sangat mancing. Masa ikan ni naik pun dah ada orang mintak nak beli. Kalau ikutkan ikan ni sekilo boleh cecah dekat RM 100. Tambah pulak ikan ni fresh lagi. Boleh cecah RM500!

Tapi husband tolak taknak jual. Katanya nak bagi family makan, masing2 rasa sikit ikan ni. Jadi macam kenduri kecik pulak. 10 orang makan pun masih ada baki dalam 4-5 keping isi ikan. Walaupun ikan ni besar tapi isi tak keras pun. Kulit luar dia memang liat sikit. Tapi isi dia cukup elok dah.




Selain kertang besaq tu, ada jugak kerapu dalam 8 ekor dengan red snapper sekor tersesat. Siang sesiap untuk kirim ke sedara lain yang tak balik. Aku pun tapau jugak beberapa ekor, sambil pikir; Jimat dah duit dapur, kihkihkih!


p/s: Orang lain cerita pasai hari ibu, aku cerita pasai ikan. Lari tajuk, kihkihkih!

Friday, May 10, 2013

Little girl & her 'mom'









Menitik air mata tengok gambar ni. Our children is living far way better life. Semoga Allah kekalkan nikmat yang kita miliki sekarang



Thursday, May 9, 2013

Wei macha, you want to makan here or tapau?






Please be friends again, Malaysians ^_^



Related Posts with Thumbnails